Archive for March, 2006

testi

Thursday, March 16th, 2006

hari ni aku dah delete lebih 300 testi..apsal org suke beg utk testi..

"plz plz nak testi."

bodola korang..

mintak maapla kepada penulis2 testi yg dah di delete itu..

3 things about MY testimonial

1.it should be words DESCRIBING me

2.smileys,bears,roses is a big NO NO

3.warm wishes, hi and hellos should go to my inbox..click the ’send a message’ box instead of ‘add a testimonial’ box when u want to send me one. :)

it took a lot of time and energy to delete all of the testi….darrrnnnn…..i’ve finished 3 plate of sandwich doing the core…damn it!

and still there’s a lot more crap in my testi…kene sambung kerja lagi lah ni..

p/s : i WANT THAT DAMN STRAW HAT!!!

benci

Wednesday, March 15th, 2006

cuti ni mmg aku tak dapat langsung nak spend ngan family.

benci gile.

mak ngan ayah aku pon asyik kerja..patutnya diorang cuti starting from 16..we’re planning to go back to visit nenek..aku dah rindu sangat ngan nenek..ntah macam mana ayah ade hal ngan business dia, mama pulak on call…so, esok hari jumaat pagi diorang nak balek kampung..

no way aku ikut..buat penat je nanti hari sabtu kene balek umah balek..aku patut nak balek dulu time awal cuti, tapi diorang tak kasi sebab suruh dok umah spend time ngan diorang la kunun..walhal sendiri pegi keje..

yeah i act like a kid..pedulik hape..

pengajaran : jangan kawin ngan orang yg ade kaitan ngan medical line..nanti suka-suka hati je tak boleh cuti…

lambat

Tuesday, March 14th, 2006

aku selalu lambat..yer yer..tapi kad outing aku setakat ni tak pernah merah pon lagi..kenapa topik lambat yg dibangkitkan? semalam time org sume g amik result spm, aku telah buat org marah sebab tunggu aku naik escalator dan beli tiket kat stesen imbi..bermulalah satu cerita……

aku,husna ngan aimi jumpe kat time square..mula2nya husna ajak aku gi low yatt nak beli modem tetapi setelah dinasihatkan oleh aku untuk register streamyx, kitorang pon sepakat tros g sungei wang plaza then..lepas berpusing2 cam org gile…aku call king, dia kate nak balek dah..kalau nak gerak pi stesen bukit bintang..aku ngan aimi time tu kat metrojaya..kitorang pon gerak la dari metrojaya pi stesen bb..dahla menapak bapak jauh..then aku call lagi sebab tak nampak bayang diorang..sekali tukar stesen imbi pulak…terpaksala aku patah balik all the way jalan kitorang tadi..surely nampak cam org bodoh yg sesat jalan..then time nak dekat2 sampai kat escalator imbi tuh, kerana terlalu kepenatan dan kehausan, aku ngan aimi gi la starbux..cam biasa la favourite aku frumba+whipped cream kan kan..aimi lak order raspberry..(timaceh aimi belanja aku..heheh)…

dipendekkan ceritanya..disebabkan oleh frumba aku kene marah oleh..(jap aku kira..king,capek,amad,aiman,syamim,azmeer ngan adelagi ramai) 6+ orang…amik ubat..lain kali cakapla btol2 mane satu..imbi ke bb..cisss..tapi aku masih lagi bersalah sebab buat sume org tunggu..

aku mintak maaf la kat sume org sebab bazir masa korang…yerla yerla..

friends

Tuesday, March 14th, 2006

kawan aku pon tak ramai…aku cakap pasal integomb la..someone had requested for this blog earlier tapi aku tak buat2 pon…so,…argh,bace je lahh

girls

well, aku pon bukan ramai sangat kawan pompuan…sebabnya? banyak sgt…tapi aku mmg tak suke kalau dak2 pompuan yg prefer cakap belakang@ mengumpat..bagi aku kalau pompuan tu leh ngumpat pasal member2 lain ngan aku, dia pon leh ngumpat pasal aku kat member2 lain..so i prefer not to be too close to such people.

aimi - bestfriend aku yang paling wangi dan penyayang. somehow taun ni aku tak berapa rapat lak ngan dia.sob3. but still kalau shopping mesti ngan dia. hehehe

fatin - the best person in terms of nagging. ade ciri2 keibuan yang mesti korang sume tak nampak sebab dilindungi oleh cermin mate dia yang garang tuh. poetic, protective and very prone to sadness. kalau nak cite pasal thoughts of life, dia la orangnya yg paling tepat.

husna - hiphop? salah gile tekaan tuh. pendiam dan sangat berahsia orangnya. dia ni memang selalu tutup aib orang. tak pernah dengar dia cerita buruk pasal orang lain.

faridah - dormmate paling cool. stuff dia sume comel2 sampaikan kalau aku gi shopping dan ternampak mende2 comel mesti aku teringat kat dia nih. salah sorang member kesayangan aku.

farhana - budak cun yang otai. tapi kalau luar aspuri dia ni nampak baik je..hahahah

wani - dulu masa mula2 dia ni baik je. pelawak orangnya. pastuh selalu sponsor keropok batu malam2.

nabihah - kawan pertama aku kat integomb. banyak gak keje2 setan aku wat ngan dia. pastuh kalau dah buat mesti dia salahkan aku yg pengaruh dia..huhuhu

didi - dia ni kalau datang dorm aku surely time aku tgh kemas locker…pastuh selalu la tertidur kat bantal aku sebab tunggu aku habis kemas.

tu je la kot yg bagi kesan kat aku..sambung pulak dak laki..

king dollah - garang tapi caring

jon - ayuni

afiq - budak macho..ahhaha

raffae - musician yg hebat..aku nak curik fender dia, dah lama dahh…

haikal - drama king

acap musik - music box..hahah..dia ni poyo

azmeer - jambu malaya

acap buaya - buaya la

syafiq - golden voice with sore throat

hakim rodi - pemalu

ijat kaus - playful sgt2

azrin - smeagol ‘my preciousss’

aidil - bibir

irshad - cute

izwan - dak kecik

izdihar - faci bersama

kamarul - good leader

nasaai - best imam voted by the girls

tu je la..aku dah penat..sape takde name padan muke..kalau nak sila kontek aku..heheh..suke2 je aku cakap pasal org..sori ye jgn amik hati..sayang sume orang. LOL

berleter

Friday, March 10th, 2006

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

tak tau la macam mana nak mula.Tahun ni aku bersyukur betul aku berada di Integrasi Gombak. Tahun lepas aku mmg rebel gila. Buat kerja tak tentu hala. Izin Allah, aku jumpa ketenangan kat sana. Dah lama aku nak sambung belajar silat, dah lama benar…akhirnya ntah camne tahun ni Cikgu Shahril mengajar pula. Aku jumpa member lama minggu lepas, he hardly recognized me…To all my friends escpecially those living in Gombak, I really hope u’ll accept me as who I am for now. Dulu aku pernah cakap aku cari ketenangan yg immortal, Alhamdulillah. Aku mohon kepadaNya janganlah ditarik nikmat terbesar dalam hidup aku, ketenangan dari keredhaan hati terhadap semua benda yg terjadi. Aku juga nak cakap timaseh banyak2 kat org2 yg banyak tolong aku cari jalan tu dengan izin Allah- Parents, Abg Syazwan, Abg Dzul, Shaox, Kamarul, ngan semua senior2 SBPI Gombak(walaupun bukan semuanya..u know who u are)..Aku risau aku tak istiqamah, itu la yg paling menakutkan aku…to my parents million thanks to both of u for being so understanding, for accepting me as once a rebellious child, for all the prayers, for not giving up on me, for the faith and confidence u built in me.

aku dah mengerti..kenapa ada Melayu pakai tudung tapi bukak tudung bila sampai kat shopping complex..kenapa ada Melayu pegang tangan sesama bukan mahram tanpa segan silu walaupun awek bertudung….mak aku tak pernah paksa aku pakai tudung sebab aku selalu kata tanak jadi cam perempuan2 yg aku jumpa kat klcc tu. tapi ayah marah. sekarang aku pakai tudung, i’ve no reason to be like them. Aku dan mereka(perempuan2 itu) mungkin dikurniakan perspektif berbeza. Aku bersyukur aku jumpa diri aku sendiri tanpa perlu dipaksa. Aku masih lagi mengenal diri tapi aku tau aku dah berada kat lane yang betul. Perjuangan masih belum selesai…

Aku selalu malu melihat orang Melayu. Aku malu melihat bangsaku sendiri? Bila keluar topik Melayu semua orang sibuk bicara pasal remajanya yang dalam proses keruntuhan akhlak. Yang bertanggungjawab membentuknya macam mana pula? Ibubapa sendiri tunjuk contoh buruk pada anak-anak. Kat sekolah, aku nampak betul politik Melayu, sebab terlalu hendakkan jawatan sampaikan mempengaruhi orang menyokong diri dengan memburukkan pihak lawan. Aku sedih. Bila diberi teguran, buat muka keji. Tapi tak pernah pula diubah sikap atas teguran tadi. Ingatlah Allah sendiri berfirman dalam surah al-Asr yang kita baca hari-hari untuk tutup majlis, "Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan". Sama-samalah kita berpesan-pesan. Manusia itu insan. Insan itu fitrahnya memang lupa. Bukan Melayu sahaja yang lupa. Sebab itulah kita perlukan rakan yang sentiasa mengingatkan. Kalau kamu merasa benci kepada rakan yang sentiasa mengingatkan kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Kebenaran itu kadangkala menyakitkan tetapi perlukah kita hidup gembira didalam pembohongan? Fikirkan..