berleter
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
tak tau la macam mana nak mula.Tahun ni aku bersyukur betul aku berada di Integrasi Gombak. Tahun lepas aku mmg rebel gila. Buat kerja tak tentu hala. Izin Allah, aku jumpa ketenangan kat sana. Dah lama aku nak sambung belajar silat, dah lama benar…akhirnya ntah camne tahun ni Cikgu Shahril mengajar pula. Aku jumpa member lama minggu lepas, he hardly recognized me…To all my friends escpecially those living in Gombak, I really hope u’ll accept me as who I am for now. Dulu aku pernah cakap aku cari ketenangan yg immortal, Alhamdulillah. Aku mohon kepadaNya janganlah ditarik nikmat terbesar dalam hidup aku, ketenangan dari keredhaan hati terhadap semua benda yg terjadi. Aku juga nak cakap timaseh banyak2 kat org2 yg banyak tolong aku cari jalan tu dengan izin Allah- Parents, Abg Syazwan, Abg Dzul, Shaox, Kamarul, ngan semua senior2 SBPI Gombak(walaupun bukan semuanya..u know who u are)..Aku risau aku tak istiqamah, itu la yg paling menakutkan aku…to my parents million thanks to both of u for being so understanding, for accepting me as once a rebellious child, for all the prayers, for not giving up on me, for the faith and confidence u built in me.
aku dah mengerti..kenapa ada Melayu pakai tudung tapi bukak tudung bila sampai kat shopping complex..kenapa ada Melayu pegang tangan sesama bukan mahram tanpa segan silu walaupun awek bertudung….mak aku tak pernah paksa aku pakai tudung sebab aku selalu kata tanak jadi cam perempuan2 yg aku jumpa kat klcc tu. tapi ayah marah. sekarang aku pakai tudung, i’ve no reason to be like them. Aku dan mereka(perempuan2 itu) mungkin dikurniakan perspektif berbeza. Aku bersyukur aku jumpa diri aku sendiri tanpa perlu dipaksa. Aku masih lagi mengenal diri tapi aku tau aku dah berada kat lane yang betul. Perjuangan masih belum selesai…
Aku selalu malu melihat orang Melayu. Aku malu melihat bangsaku sendiri? Bila keluar topik Melayu semua orang sibuk bicara pasal remajanya yang dalam proses keruntuhan akhlak. Yang bertanggungjawab membentuknya macam mana pula? Ibubapa sendiri tunjuk contoh buruk pada anak-anak. Kat sekolah, aku nampak betul politik Melayu, sebab terlalu hendakkan jawatan sampaikan mempengaruhi orang menyokong diri dengan memburukkan pihak lawan. Aku sedih. Bila diberi teguran, buat muka keji. Tapi tak pernah pula diubah sikap atas teguran tadi. Ingatlah Allah sendiri berfirman dalam surah al-Asr yang kita baca hari-hari untuk tutup majlis, "Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan". Sama-samalah kita berpesan-pesan. Manusia itu insan. Insan itu fitrahnya memang lupa. Bukan Melayu sahaja yang lupa. Sebab itulah kita perlukan rakan yang sentiasa mengingatkan. Kalau kamu merasa benci kepada rakan yang sentiasa mengingatkan kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Kebenaran itu kadangkala menyakitkan tetapi perlukah kita hidup gembira didalam pembohongan? Fikirkan..
March 13th, 2006 at 3:16 am
weh akiah..guer x menrti apa yg dikatakan oleh mu..ekeke..ko mcm ade problem je?fsl masalah umah bru tu aku dah tau dah selesai..dah la tu..hehe..aku tau dorang pon ade kutuk ko jugak..so hrp pasni korang x gaduh lagila..next event annual dinner..hrp dpt jalin balik hubungan ek..kla akiah..guer chowz dulu…